Ketua Pembangkang Ingatkan MITI, Berdagang Perlu Bermaruah

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 25 – Malaysia harus berdagang dengan bermaruah walaupun dalam hal berkaitan pelaksanaan cukai timbal balik 19% yang ditetapkan Amerika Syarikat (AS), kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Perikatan Nasional (PN) katanya berpendirian tegas, kepentingan negara perlu dipertahankan dalam sebarang bentuk tekanan.

“Dengan siapa pun kita berdagang – kedaulatan dan kepentingan negara wajib dipertahankan.

“Orang kata, kalau tidak kerana madu takkan lebah datang bersarang. Jadi, kerajaan perlu berterus-terang, apakah benar ada perkara-perkara yang telah dikompromikan?,” katanya, dalam perbahasan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat.

Hamzah berkata, ancaman tarif AS adalah isu nasional yang menuntut semua pihak bersatu hati, dan ketepikan segala politik kepartian.

Sehubungan itu, Hamzah menuntut jawapan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia yang terkini ialah Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung status Jawatankuasa Kaukus Parlimen berkaitan tarif.

“Dalam sidang khas Parlimen pada 15 Mei lalu, menteri  bersetuju ditubuhkan kaukus yang dianggotai wakil rakyat kerajaan dan pembangkang bagi meneliti cabaran pelaksanaan tarif timbal balik ini.

“Tetapi sehingga kini kita tak tahu status jawatankuasa ini.

“Rakyat tidak mahu melihat sebuah kerajaan depan cakap lain, belakang buat lain,” kata Hamzah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share