
KUALA LUMPUR, 10 Ogos 25 – Dataran Merdeka kembali dipenuhi dengan ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun dan bersolidariti terhadap rakyat Palestin menerusi Perhimpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza.
Perhimpunan yang dianjurkan oleh ‘Sekretariat Humanity 4 Gaza’ (H4G) berjaya mengumpulkan puluhan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh Malaysia.
Menurut wakil penganjur, dianggarkan sekitar 5 ribu peserta menyertai perhimpunan tersebut sekalipun hujan membasahi tapak perhimpunan.
Perhimpunan tersebut dimulai dengan solat asar dibeberapa masjid sekitar dataran dan selepas itu peserta berarak ke Dataran Merdeka sambil melaungkan Takbir dan slogan mengecam Israel.
Sekalipun hujan, peserta tidak berganjak dan acara diteruskan sekitar jam 5 petang dengan persembahan pantomin oleh anak-anak warga Palestin diikuti nyanyian serta ucapan daripada wakil-wakil NGO yang hadir.
Selain rakyat tempatan, himpunan ini juga turut menarik penyertaan dari pelbagai bangsa dan agama untuk bersolidariti dengan rakyat Gaza yang kini sedang menghadapi ancaman kemusnahan berskala besar. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.