
KUALA LUMPUR, 15 Ogos 25 – Penganalisis, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menyifatkan kepimpinan Perikatan Nasional (PN) memandang ke hadapan apabila mengemukakan beberapa nama alternatif sebagai calon perdana menteri.
Ia sekaligus mencerminkan usaha dalaman merangka strategi baharu, menuju PRU16.
“Mungkin Muhyiddin Yassin individu terbaik dari PN semasa pandemik tapi sekarang mereka lihat ke hadapan,” katanya memetik laporan media FMT.
Katanya disebalik populariti Muhyiddin dalam kalangan rakyat, Syaza mengingatkan bahawa parti-parti yang akan menentukan calon perdana menteri.
“Tak dinafikan mungkin rakyat dan penyokong lebih mengenali Muhyiddin, tapi politik di Malaysia akhirnya adalah berasaskan parti,” katanya.
Kedudukan PN di Dewan Rakyat ketika ini menyaksikan PAS mengatasi Bersatu dengan 43 kerusi berbanding 25.
Syahruddin Awang Ahmad dari Universiti Malaysia Sabah melihat kenyataan Afnan sebagai isyarat penting dalam dinamik kuasa dalam PN.
Beliau berkata ketiadaan Muhyiddin dalam senarai tersebut boleh sahaja ditafsirkan sebagai usaha untuk menampilkan barisan pemimpin yang lebih pelbagai dan ke arah meremajakan imej gabungan itu,” katanya. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.