Kerajaan Khianat Amanah Wajib Ditukar – Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 15 Ogos 25 — Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa kerajaan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar ditukar kerana khianat terhadap amanah.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, kerajaan Madani seperti berpakaian tidak lengkap dan hanya gah pada slogan bukan pelaksanaan.

“Bila kita meninggalkan petunjuk Allah ditimpa bencana, bukan sahaja bencana alam, termasuk juga bencana salah laku kerajaan yang membebankan rakyat sehingga masalah inflasi, kos sara hidup, keruntuhan moral, jenayah rasuah dan lain-lain.

“Dengan hanya slogan Rahmah adil bijaksana tatakelola, ketimbang, dan sebagainya.

“Kejayaan bukan pada slogan berdegar mestilah dengan keimanan dan kepercayaan kepada janji Allah yang benar bukan janji pemimpin penipu bohong dan berlagak,” kata Abdul Hadi.

Sehubungan itu, rakyat perlu memilih sama ada madani kebendaan atau Madani Islami.

“Rakyat wajib menukar kerajaan berpakaian tidak lengkap ini kerana kehilangan maruah, dan hilang harga diri manusia yang dimuliakan Allah khianat terhadap amanah

“Pilih antara dua, Madani kebendaan meninggalkan integriti, madani yang dilupakan itulah Madani Islami janji Allah,” kata Abdul Hadi.

Menurutnya, madani tanpa integriti akan membawa kerosakan.

“Pilih antara dua madani ini, madani utamakan integriti, madani yang tinggalkan integriti. Walaupun ada duit banyak, integriti tak ada akan bocor, tiris kehilangan akan habis.

“Macam dulu-dulu negara kita terus dalam keadaan negara membangun, tidak bangkit-bangkit, tak jadi negara maju. Pilih antara dua ini,” kata Abdul Hadi lagi.

Sebelum menamatkan perbahasannya, Abdul Hadi turut mengemukakan pantun empat kerat yang kemudiannya mencetuskan perbalahan antara ahli-ahli Parlimen.

Pantun tersebut antara lain menyindir Kuala Lumpur sebagai bermasalah di bawah DAP dan PH. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share