Muhyiddin Gesa Kerajaan Gubal RUU Anti Buli

KUALA LUMPUR, 18 Ogos 25 – Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa kerajaan untuk segera menggubal Rang Undang-Undang Anti-Buli dalam melindungi keselamatan pelajar sekolah atau institusi pengajian di negara ini.

Menurutnya, dengan adanya Akta Anti-Buli, kerangka undang-undang dan dasar yang jelas boleh dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk melindungi pelajar daripada tindakan penganiayaan samada berbentuk fizikal atau emosi yang menjejaskan keselamatan diri dan nyawa.

“Kita mesti bersama-bersama memerangi budaya buli yang saya percaya masih berleluasa pada masa ini.

“Ia umpama gajah di dalam bilik terutamanya di sekolah-sekolah berasrama. Jangan kita biarkan amalan buruk dan jahat yang menjejaskan keselamatan dan nyawa anak-anak ini berterusan.

“Justeru, saya menggesa kerajaan supaya menggubal Rang Undang-Undang Anti-Buli yang mengenakan hukuman berat terhadap pembuli dan mana-mana pihak yang cuai dalam melindungi keselamatan pelajar di sekolah atau di institusi pengajian tinggi di negara ini. Katanya dalam satu kenyataan di laman facebook, hari ini.

Dalam kenyataan yang sama, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menggesa agar inkues kematian Zara Qairina Mahathir dijalankan secara telus, menyeluruh dan berpaksikan undang-undang demi mencari kebenaran dan keadilan.

“Tindakan undang-undang yang tegas hendaklah diambil untuk memastikan kejadian menyayat hati ini tidak berulang.

“Saya mendoakan agar kedua ibu bapa dan ahli keluarga arwah adik Zara Qairina tabah menghadapi dugaan getir kehilangan insan tersayang. Katanya.

Terkini, Mahkamah Koroner hari ini menetapkan bulan depan untuk prosiding inkues berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir.

Prosiding itu akan menentukan sama ada terdapat unsur jenayah yang terbabit dalam kematiannya.

Mahkamah menetapkan tarikh prosiding pada 3 hingga 4 September, 8 hingga 12 September, 17 hingga 19 September dan 22 hingga 30 September. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share