Tony Pua Sindir ‘PM Reformasi’, Gesa Henti Siasatan Disifatkan Tidak Masuk Akal

KUALA LUMPUR | 28 Feb 26 – Ahli politik DAP, Tony Pua, menyindir Perdana Menteri yang digelar sebagai membawa agenda reformasi supaya menghentikan apa yang disifatkannya sebagai “karut-marut yang tidak masuk akal” berhubung siasatan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan.

Beliau menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai satu bentuk pengulangan situasi lama, ketika skandal 1MDB dibangkitkan di bawah pentadbiran Najib Razak.

Menurutnya, ketika isu 1MDB hangat diperkatakan, beliau pernah disiasat polis atas dakwaan konspirasi dalam aktiviti yang dikatakan memudaratkan demokrasi berparlimen serta dikenakan sekatan perjalanan ke luar negara.

Kini, katanya, siasatan konspirasi kembali timbul ketika isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan dakwaan berkaitan “mafia korporat” dibangkitkan.

Beliau melihat keadaan ini sebagai satu pola berulang — apabila sesuatu skandal besar dipersoalkan, akan muncul dakwaan konspirasi untuk menekan pihak yang bersuara atau mengalihkan perhatian daripada isu pokok.

“Kedengaran seperti déjà vu. Perdana Menteri Reformasi kita mesti menghentikan karut-marut yang tidak masuk akal ini. Katanya di status facebook, semalam.

Toh Puan Na’imah Abdul Khalid tampil menafikan terlibat dalam sebarang bentuk usaha menggulingkan kerajaan seperti yang didakwa pihak tertentu.

Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin itu menegaskan, tuduhan berkenaan bukan sahaja tidak berasas, malah melucukan dan langsung tidak masuk akal. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share