Penahanan Pegawai Risikan: Apa Implikasinya Terhadap Keselamatan Negara?

Berita penahanan beberapa pegawai perisikan tentera oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini mencetuskan persoalan besar tentang sejauh mana keselamatan negara kita benar-benar terjamin.

Perdana Menteri sendiri menyuarakan kebimbangan, manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memberi jaminan bahawa keselamatan strategik tidak terjejas.

Wakil daripada pembangkang juga telah meminta agar kerajaan memberikan taklimat kepada Ahli-ahli Parlimen pembangkang berkaitan isu ini, yang nyata, isu ini tetap menimbulkan tanda tanya dan wajar diperhalusi.

Menurut laporan rasmi, maklumat yang dibocorkan hanya melibatkan peringkat taktikal dan bukan rahsia strategik negara.

Namun, dalam dunia perisikan, taktik kecil sering menjadi “puzzle piece” yang boleh membentuk gambaran besar. Corak rondaan, kelemahan logistik atau gerakan pasukan jika jatuh ke tangan pihak sindiket atau kuasa asing tetap boleh menjejaskan kekuatan pertahanan negara.

Apa yang lebih membimbangkan ialah terdapat bukti bahawa pegawai risikan boleh dipengaruhi sindiket jenayah, nyata sekali ini adalah jenayah terancang, bukan penyeludup biasa.

Jika penyeludup mampu “membeli” maklumat, tidak mustahil pihak luar juga boleh menyusup melalui saluran yang sama. Inilah ancaman sebenar, bukan sekadar penyeludupan, tetapi kemungkinan wujudnya pintu belakang untuk campur tangan kuasa asing terhadap kedaulatan negara.

ATM selama ini dilihat sebagai benteng terakhir pertahanan negara. Apabila pegawai risikan sendiri terpalit skandal, ia mencalar keyakinan rakyat terhadap institusi pertahanan.

Lebih parah, ia boleh menjejaskan semangat anggota yang masih setia, kerana kerosakan imej biasanya lebih lama sembuh berbanding kerosakan teknikal.

Malaysia tidak bergerak sendirian dalam aspek keselamatan. Kita bergantung kepada kerjasama risikan serantau, terutama di Laut China Selatan dan sempadan darat.

Makan, penahanan ini berpotensi menimbulkan keraguan rakan strategik untuk berkongsi maklumat sensitif dengan kita. Jika kepercayaan antarabangsa tergugat, Malaysia mungkin terpinggir dalam jaringan keselamatan serantau, khususnya di kalangan negara Asean.

Keselamatan negara bukan hanya soal senjata, tetapi juga soal sempadan, ekonomi, dan kehidupan rakyat.

Kebocoran maklumat operasi memberi ruang luas kepada sindiket penyeludupan dadah, senjata, atau imigran haram. Ia membawa kesan berganda iaitu ancaman jenayah meningkat, kos penguatkuasaan bertambah, dan keyakinan pelabur terhadap kestabilan Malaysia boleh terhakis.

Penahanan pegawai risikan ini harus dilihat sebagai ‘wake up’ call untuk rakyat. Walaupun dikatakan maklumat strategik negara tidak bocor, implikasi terhadap integriti moral, kepercayaan, dan reputasi keselamatan negara amat serius.

Kerajaan perlu mengambil langkah berani dengan melaksanakan audit secara menyeluruh terhadap sistem kawalan maklumat risikan. Kerajaan juga perlu menyediakan sistem pemantauan integriti yang lebih ketat bagi semua pegawai sensitif.

Kes ini bukan sekadar soal rasuah dalam tentera, tetapi ia cerminan bahawa ancaman keselamatan moden bukan lagi hanya datang dari luar, tetapi juga kepincangan dalaman. @analitiko

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Ada Apa Dengan Konsensus Nasional?

Ayatnya adalah trust deficit . Maka, saya mencari jalan bagaimana cara kembalikan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Itulah yang akhirnya saya dapat satu kertas yang boleh dibincangkan bahawa Konsensus Nasional Baharu ini
Read More

Ucapan Kosong Di Parlimen

Ucapan Anwar lebih menyerupai ceramah politik berbanding pembentangan dasar nasional. Bahasa yang digunakan terlalu abstrak dan penuh dengan idealisme, tanpa sebarang indikator keberhasilan (KPIs), kerangka masa, atau penglibatan kementerian berkaitan.
Read More
Total
0
Share