Semua Negeri SG4 Tolak RUU URA

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 25 – Kesemua negeri Stage Government 4 (SG4) , menolak cadangan Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar 2025 (URA) yang akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua di Parlimen pada 27 Ogos 2025.

Dalam satu kenyataan media bersama, ke semua Menteri Besar iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu sebulat suara menolak RUU tersebut.

Menurutnya, sekiranya RUU diluluskan, ia akan memberi implikasi yang besar terhadap kuasa autonomi negeri-negeri di semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam aspek ekonomi dan hak pemilikan tanah.

“RUU ini yang jika diluluskan akan menjadi suatu undang-undang yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan, dijangka akan memberi implikasi besar terhadap kuasa autonomi negeri, hak pemilikan tanah, kelangsungan komuniti asal bandar serta hak asasi penduduk setempat.

“Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] yang sedia ada dengan jelas memperuntukkan bahawa urusan perancangan bandar terletak di bawah bidang kuasa eksekutif Negeri yang dilaksanakan melalui Pihak Berkuasa Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan. Ujarnya.

Menteri Besar ke semua negeri ini juga berkata bahawa Akta 172 mengambil kira keperluan keperluan kawalan dan perancangan guna tanah serta pembangunan perbandaran yang sesuai selaras dengan dasar kerajaan sesebuah Negeri serta keperluan, sikap dan budaya penduduk setempat.

“Pendekatan ini adalah lebih holistik dengan mengambil kira cita rasa pembangunan negeri berasaskan pertimbangan dasar dan diharmonikan dengan sifat budaya penduduknya.

“Tambahan pula URA tidak memperincikan mekanisma pampasan dan perlindungan yang jelas kepada pemilik asal tanah dan ia dibimbangi berkemungkinan akan menjejaskan imbangan kaum dan pemilikan hartanah terutama bumiputera di bandar-bandar.

“Negeri-Negeri SG4 amat bimbang tanpa mekanisme pelaksanaan yang jelas, pelaksanaan URA akan mewujudkan jurang komuniti kaum di bandar-bandar sekaligus menjejaskan keharmonian negara. Tegasnya.

Menuturnya lagi undang-undang sedia ada termasuk Kanun Tanah Negara, Akta Pengambilan Tanah 1960, Akta Hakmilik Strata 1985, Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, boleh menangani isu-isu berbangkit khususnya bagi tujuan pembangunan semula, penjanaan dan penyegaran semula bandar tanpa keperluan terhadap URA.

Bantahan mengenai RUU URA semakin tinggi dikalangan rakyat dan parti politik. Selaian PN, kumpulan Organisasi Sivil (CSO) dan persatuan penduduk turut menggesa kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU-URA). @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share