
KUALA LUMPUR, 26 Ogos 25 – TH Plantations Bhd menamatkan perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Zainurin Mohamed Zain, berkuat kuasa serta-merta atas sebab salah laku.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat menyatakan keputusan itu dibuat selepas siasatan dalaman mendapati wujud pembayaran tidak diluluskan berjumlah RM5.1 juta kepada pekerja ladang.
Sebelum ini, Mohamed Zainurin telah diarahkan cuti bergaji (garden leave) pada 18 Julai lalu susulan surat tunjuk sebab berhubung isu tersebut. Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Marilyana Omar, yang turut menerima surat tunjuk sebab, memilih untuk meletak jawatan serta-merta, memetik laporan The Edge Malaysia.
TH Plantations setakat ini belum menamakan pengganti CEO dan memaklumkan bahawa perkembangan lanjut akan diumumkan kemudian. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.