RUU Perolehan Kerajaan Ditangguh Kerana Takut Gagal Lulus – Wan Saiful

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 25 – Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan yang sedang dibahaskan ketika persidangan Dewan Rakyat hari ini terhenti selepas Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil mengusulkan agar persidangan ditangguhkan.

Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Wan Saiful Wan Jan mendakwa tindakan berkenaan dilakukan kerana pihak kerajaan khuatir akan kalah sekiranya RUU itu diteruskan ke sesi pengundian.

“Sedang panas RUU Perolehan Kerajaan dibahaskan, tiba-tiba menteri membawa usul agar sidang ditangguhkan serta merta.

“Saya jangka kerajaan takut mereka akan kalah jika RUU ini diundi dalam Dewan Rakyat. Sebab itulah dengan terlalu tiba-tiba sidang ditangguhkan, kerana mereka tidak berjaya mematahkan hujah-hujah MP PN,” katanya, dalam hantaran media sosial.

Wan Saiful berkata, tindakan itu adalah kemenangan bagi memastikan integriti dijaga.

“Ini kejayaan menghalang kerakusan kuasa seorang individu yang mahu segala kuasa di tangannya,” katanya.

Perbahasan terakhir hari ini bertukar kecoh apabila ahli Parlimen kedua-dua pihak saling melontar sindiran.

Laporan media memetik antara wakil rakyat pembangkang yang bangkit membantah RUU itu adalah

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang memberi amaran bahawa RUU itu hanya akan meluaskan lagi ruang untuk rasuah berlaku.

Ahli Parlimen Machang itu berkata, kerajaan tergesa-gesa meluluskan undang-undang yang memusatkan terlalu banyak kuasa di tangan menteri kewangan.

“Kenyataannya jelas – RUU ini meningkatkan kuasa menteri. Ia bukan penambahbaikan, tetapi menghalalkan status quo,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim dari PKR turut mengkritik langkah kerajaan itu, menegaskan terdapat kelemahan serius yang perlu diperbaiki dalam RUU berkenaan.

Veteran PKR itu bimbang undang-undang itu bakal memberi kuasa yang terlalu luas kepada Menteri Kewangan.

“Seksyen 10(1)(a) Jadual Pertama menyatakan menteri boleh meluluskan kontrak mega tanpa ada paras siling…Ini bahaya,” kata Hasan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

EXCO Beri Kerjasama Penuh Dalam Siasatan

Dalam satu kenyataan semalam, beliau memaklumkan bahawa sejak peringkat awal siasatan, beliau bersama pasukannya telah menyerahkan segala dokumen yang diperlukan serta hadir memberikan keterangan tanpa pernah mengelak daripada proses undang-undang.
Read More
Total
0
Share