Parti Bersatu Harus Fokus Perpaduan Parti

Oleh : Azrol Mansor

Hujung minggu ini Parti bersatu akan mengadakan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) di IDCC Shah Alam.

Menyedari bahawa pasca Perhimpunan Agong Tahunan ini adalah masa yang paling sesuai dan penting untuk memperkukuhkan parti dan memperkemaskan hala tuju perjuangan demi menghadapi cabaran politik semasa dan Pilihan Raya Umum ke -16 (PRU16) yang semakin hampir.

Parti bersatu perlu tampil sebagai parti yang matang, bersatu dan bersedia memimpin semula suara rakyat dengan pendekatan politik berprinsip, bersih dan tegas.

Bersatu perlu memberikan fokus yang serius kepada perpaduan di peringkat akar umbi dan juga kepimpinan parti.

Sebarang percakaran dalaman parti harus di selesaikan secepat yang mungkin demi melihat serta mengukuhkan kekuatan parti secara keseluruhan.

Bersatu juga haruslah bersifat keterbukaan dan komited untuk membuka ruang yang lebih luas kepada generasi anak muda dan wanita sebagai pemimpin pelapis dan sebagai proses peremajaan parti supaya parti bersatu di lihat kekal relevan dengan penglibatan anak muda.

Bersatu haruslah terus membawa agenda rakyat marhaen iaitu memperjuangkan nasib melayu, bumiputera serta memastikan kestabilan Ekonomi dan sosial untuk semua kaum. Dalam erti kata yang lain bersatu perlu bersedia membawa naratif baru politik untuk rakyat.

Bersatu juga bukan sekadar parti politik, tetapi ia adalah wadah perjuangan yang perlu terus relevan, berani dan berprinsip. Kita mesti menjadi pembela rakyat bukan hanya menjelang pilihanraya tetapi sepanjang masa.

Saya juga mendoakan semoga parti bersatu akan terus kekal maju dan akan terus menjadi parti pilihan rakyat menjelang PRU KE 16.

Azrol Mansor, Ahli bersatu Bahagian Sungai Petani

Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share