Pandangan UMANY Tak Wakili UM – NC UM

KUALA LUMPUR, 14 Sep 25 – Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Prof Datuk Seri Ir Dr Noor Azuan Abu Osman menegaskan bahawa tuntutan Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY) agar program matrikulasi dimansuhkan tidak mencerminkan pendirian rasmi universiti itu.

Menurutnya, kenyataan UMANY hanyalah pandangan sebuah kumpulan pelajar dan tidak mewakili sikap institusi, lebih-lebih lagi melibatkan isu dasar pendidikan yang sensitif.

“Universiti Malaya sentiasa menyokong kebebasan bersuara dalam kalangan warga kampus, tetapi kebebasan itu harus datang bersama tanggungjawab. Pandangan rasmi universiti tidak sama dengan kenyataan dibuat oleh mana-mana persatuan pelajar,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menegaskan bahawa program matrikulasi telah lama terbukti berkesan membuka akses pendidikan tinggi kepada pelajar dari pelbagai latar belakang, termasuk mereka yang mungkin kurang berpeluang melalui laluan lain.

Sebelum ini, UMANY dalam kenyataannya mencadangkan pemansuhan program matrikulasi dan menggantikannya dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) sebagai laluan tunggal kemasukan ke universiti awam.

Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) turut menyuarakan pendirian mempertahankan program matrikulasi. Menurut MPPK, pemansuhan boleh menjejaskan peluang pendidikan ramai pelajar, terutama dari keluarga berpendapatan rendah dan luar bandar, selain menurunkan tahap keterangkuman sistem pendidikan negara.

Isu berkaitan program matrikulasi sejak sekian lama menjadi perbahasan kerana ia sering dikaitkan dengan dasar afirmatif dan persoalan mengenai meritokrasi berbanding akses pendidikan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share