UMANY: Bincang Dengan Sihat, Tak Perlu Polis Siasat – Saifuddin

KUALA LUMPUR, 17 Sept — Bekas Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan beliau tidak bersetuju dengan cadangan memansuhkan program matrikulasi, namun menekankan perbincangan mengenainya wajar dilakukan secara sihat tanpa melibatkan campur tangan pihak polis.

“Baru-baru ini saya respon di laman X bahawa saya tak setuju matrikulasi dimansuh. Sesiapa ingin membahasnya, bahaslah dengan baik. Tidak perlu minta polis ambil tindakan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Isu ini tercetus selepas Presiden Persatuan Belia Baru Universiti Malaya (UMANY), Tang Yi Ze, mencadangkan supaya program matrikulasi dihapuskan. Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi, termasuk laporan polis yang dibuat oleh beberapa pihak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Shuhaily Mohd Zain sebelum ini memaklumkan pihaknya akan memanggil Presiden UMANY dan beberapa individu lain untuk dirakam keterangan berhubung perkara tersebut, selepas menerima antara empat hingga lima laporan.

Saifuddin bagaimanapun berpendapat wacana berhubung masa depan pendidikan negara tidak wajar diseret ke ruang siasatan jenayah, sebaliknya perlu ditangani melalui dialog terbuka dan hujah yang matang. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Mahathir ‘Tembak’ Pemimpin Kejar Jawatan PM

Beliau menekankan bahawa jawatan ketua parti sahaja tidak menjamin seseorang itu boleh menjadi Perdana Menteri. Menurutnya, hanya dengan penyatuan orang Melayu dan sokongan padu terhadap calon tertentu sahaja peluang untuk menang dan menduduki jawatan tertinggi negara menjadi nyata.
Read More
Total
0
Share