Idam Jadi Perdana Menteri Tanpa Tawaran, Tapi Parti Bertelingkah – Ku Li

KUALA LUMPUR, 9 Okt 25 – Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah menempelak pemimpin yang mengidam jawatan perdana menteri tanpa sebarang idea pembangunan negara.

Sebaliknya, ahli Parlimen Gua Musang 11 penggal itu berkata, mereka lebih menumpukan cita-cita peribadi tanpa rasa tanggungjawab kepada tanah air.

“Mereka tidak tahupun apa yang mereka mahu buat, dan (mungkin) akan merosakkan keadaan.

“Ini bukan kerja jual kacang putih, tahu?” kata bekas menteri kewangan itu, dalam wawancara bersama FMT.

Tegasnya, itu adalah punca kepada ketidakstabilan dalam kalangan parti politik dan pemimpin yang menganggap diri mereka layak menjadi perdana menteri, namun tidak mempunyai visi diperlukan untuk memimpin negara.

“Ideologi mereka sering didorong cita-cita peribadi atau pengikut yang ada kepentingan.

“Tetapi, kepimpinan tulen mesti merangkul semua orang, baik yang lemah mahupun yang kuat, Melayu mahupun bukan Melayu, ” katanya, mengulas krisis kepimpinan dan pertelingkahan dalaman Bersatu.

Tambahnya, ramai pemimpin mengidam jawatan tertinggi itu, tetapi kering idea yang konkrit atau rancangan yang boleh dilaksanakan bagi mentadbir Malaysia dengan berkesan. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share