Ronald Kiandee: PN Komited Perjuang Hak Sabah, Termasuk Tuntutan 40 Peratus Hasil Cukai

KOTA KINABALU, 21 Sept – Naib Presiden Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ronald Kiandee menegaskan bahawa gabungan itu tetap komited memperjuangkan hak rakyat Sabah, termasuk tuntutan 40 peratus hasil cukai negeri sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, perjuangan tersebut selari dengan aspirasi slogan “Sabah for Sabahan” yang kerap dimainkan sesetengah pihak, namun PN menawarkan pendekatan berbeza yang lebih realistik dan bersifat nasional.

“Perkara ini termaktub dalam Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan dan ia mesti ditunaikan kerana itulah intipati sebenar perjuangan rakyat Sabah. Kita menyokong aspirasi itu tetapi melihatnya dari sudut lebih luas, bukan terhad dalam kerangka tempatan semata-mata,” katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia.

Beliau menambah, semangat kenegerian bukanlah sesuatu yang salah, sebaliknya wajar dihormati sebagaimana konsep Bangsa Johor atau persatuan anak negeri di universiti. Namun, persoalan sebenar ialah kegagalan kerajaan Persekutuan menunaikan hak yang termaktub dalam MA63 sejak dahulu lagi.

“Jawapannya mudah, kerana kita tidak pernah benar-benar memperjuangkannya secara serius. Dulu memang ada disebut tetapi tidak pernah diuruskan bersungguh-sungguh,” tegasnya.

Ronald menegaskan bahawa perjuangan PN di Sabah akan lebih berkesan sekiranya gabungan itu menjadi sebahagian daripada kerajaan di peringkat nasional.

“Aspirasi itu akan lebih mudah direalisasikan jika kita berada dalam parti nasional dan menjadi kerajaan pusat,” katanya. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Gerakan Berhasrat Sertai PRN Sabah

"Parti berpendirian Sabah merupakan negeri yang penting dalam landskap politik nasional, dan sebarang keputusan akan dibuat secara kolektif demi memastikan kehadiran Gerakan di Sabah mampu membawa nilai tambah serta...
Read More
Total
0
Share