Usul Gantung Takiyuddin Hassan Ditangguh Ke Sesi Akan Datang

KUALA LUMPUR, 4 DIS 25 — Dewan Rakyat hari ini menangguhkan usul untuk menggantung Takiyuddin Hassan susulan kenyataannya yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dengan peristiwa bersejarah Insiden Memali.

Usul itu dikemukakan oleh kerajaan, yang mahu menggantung Ahli Parlimen Kota Bharu selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat dan terlibat dalam jawatankuasa pilihan.

Namun selepas perbahasan hangat melibatkan ahli-ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang termasuk pertikaman lidah berhubung prosedur dan tatacara pihak kerajaan, melalui Timbalan Menteri Dalam Negeri, memohon supaya usul tersebut ditangguhkan ke sesi akan datang.

Antara hujah penentang usul ialah bahawa tindakan disiplin terhadap Takiyuddin sepatutnya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dahulu bagi membolehkan hari pembelaan dan semakan terperinci sebelum sebarang undi dijalankan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Calon PAS: Mengundi Fardu Ain, Sama Wajib Seperti solat

"Dan juga bagi yang beragama Islam, undi itu adalah fardu ain kepada anda. Sama juga seperti mana anda wajib solat, anda wajib juga untuk mengeluarkan undi anda. Walaupun undi adalah rahsia, tapi itu adalah hubungannya antara anda dan juga Allah SWT," katanya kepada politiko.
Read More
Total
0
Share