Malaysia Siap Hantar Anggota Tentera Darat Untuk Misi Pengaman Termasuk Ke Gaza

KUALA LUMPUR, 26 Sep 25 — Tentera Darat Malaysia (TDM) menyatakan kesediaannya untuk menyertai sebarang misi pengaman antarabangsa — termasuk kemungkinan penugasan ke Gaza, Palestin — sekiranya permintaan dibuat dan kelulusan kerajaan diperoleh.

Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, menjelaskan bahawa penglibatan TDM dalam misi sedemikian bergantung kepada keputusan kerajaan, serta penilaian menyeluruh mengenai keberkesanan dan tahap keselamatan operasi itu.

Beliau turut menegaskan bahawa Malaysia mempunyai rekod panjang dalam menyertai operasi pengaman sejak tahun 1960, termasuk di Congo, Somalia, Bosnia dan Kemboja. Malaysia bersedia untuk menyumbang lagi dalam usaha menjaga keamanan sejagat.

Penilaian terperinci mengenai misi yang akan disertai akan dilakukan oleh kerajaan, Kementerian Luar dan Markas Angkatan Bersama.

Kenyataan ini dibuat ketika beliau hadir di majlis penutupan Persidangan Panglima Tentera Darat Indo-Pasifik (IPACC) ke-14, Seminar Pengurusan Tentera Darat Indo-Pasifik (IPAMS) ke-49, dan Forum Pemimpin Kanan Tentera Darat (SELF) 2025 ke-11. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

RUU PSB (URA), Ditarik Balik

“Jemaah Menteri hari ini bersetuju bahawa RUU PSB ini akan ditarik balik untuk ditambah baik melalui beberapa pindaan dan tambahan yang akan diteliti dibentangkan, dibincang dan diputuskan pada satu tempoh yang akan dimaklumkan (sebelum) dibentangkan semula dalam bentuk yang baharu di Parlimen,” katanya
Read More
Total
0
Share