KP Baharu Mahu SPRM Jadi Institusi Lebih Bebas

Foto – Awani

KUALA LUMPUR | 14 Mei 26 — Ketua Pesuruhjaya baharu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Seri Abd Halim Aman menegaskan komitmennya untuk memastikan SPRM bergerak sebagai institusi yang lebih bebas, tegas dan berwibawa dalam memerangi rasuah tanpa mengira kedudukan atau pengaruh individu terlibat.

Beliau berkata, pengalaman luas dalam institusi kehakiman akan dijadikan asas penting dalam memastikan proses keadilan berjalan secara telus dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak. Menurutnya, SPRM di bawah kepimpinannya akan bertindak secara lebih tegas terhadap sebarang salah guna kuasa tanpa kompromi.

Dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terhadap SPRM, Abd Halim memaklumkan bahawa aspek penguatkuasaan akan diperkukuhkan, termasuk memastikan setiap siasatan dijalankan secara profesional, adil dan telus.

Selain itu, langkah pencegahan rasuah juga akan dipertingkat melalui perlindungan lebih baik kepada pemberi maklumat serta kerjasama strategik dengan pelbagai pihak berkepentingan.

Beliau menegaskan bahawa usaha memulihkan keyakinan masyarakat terhadap SPRM bukan lagi pilihan, sebaliknya satu tuntutan penting bagi memastikan institusi itu terus dihormati dan berpegang teguh kepada kedaulatan undang-undang.

Abd Halim turut menyeru rakyat Malaysia bersama-sama menolak budaya rasuah demi membina negara yang berteraskan integriti, keadilan dan kepercayaan awam.

Beliau secara rasmi memulakan tugas pada Rabu bagi menggantikan Tan Sri Azam Baki yang menamatkan perkhidmatan selepas lebih empat dekad bersama SPRM. Pelantikan Abd Halim adalah bagi tempoh kontrak dua tahun bermula 13 Mei 2026 hingga 12 Mei 2028. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share