Tourism Malaysia Umum Kerjasama Dengan Starbucks Sempena Visit Malaysia 2026

Foto – Berita harian

KUALA LUMPUR, 3 Okt 25 — Kementerian Pelancongan, melalui Tourism Malaysia, mengumumkan kerjasama strategik dengan rangkaian kopi antarabangsa Starbucks Malaysia bagi memperkukuh kempen Visit Malaysia 2026 (VM2026).

Menurut laporan The Sun, kerjasama ini akan memperkenalkan beberapa inisiatif termasuk pelancaran tumbler edisi khas, minuman baharu berinspirasikan rasa tempatan, serta koleksi barangan dengan maskot rasmi VM2026, Wira dan Manja.

Starbucks juga merancang membuka sebuah kedai utama bertemakan budaya Malaysia menjelang tahun 2026 yang akan dijadikan sebahagian daripada tarikan pelancong.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy, dipetik sebagai berkata, langkah itu diyakini dapat meningkatkan promosi negara di peringkat antarabangsa.

“Kerjasama ini menggabungkan penjenamaan global Starbucks dengan elemen budaya Malaysia, sekaligus memberi pengalaman unik kepada pelancong,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Food Berhad (pengendali Starbucks Malaysia), Datuk Sydney Quays, menegaskan kolaborasi itu bukan sekadar tentang kopi, tetapi peluang menonjolkan keunikan Malaysia melalui gaya hidup dan pengalaman berbudaya.

Barangan edisi terhad itu akan diperkenalkan terlebih dahulu di Starbucks Reserve Shoppes, sebelum diperluas ke cawangan di lapangan terbang serta beberapa lokasi strategik di seluruh negara.

Kempen VM2026 membawa tema “Surreal Experiences”, dengan sasaran menarik lebih 35 juta pelancong antarabangsa ke Malaysia. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share