Isu SD-Kritik Azmin : Wan Saiful & 5 Pemimpin Bersatu Dipanggil Lembaga Disiplin Parti

KUALA LUMPUR, 8 Okt 25 — Lembaga Disiplin Bersatu akan mengadakan prosiding esok bagi mendengar dakwaan terhadap Ahli Majlis Tertinggi (MPT), Wan Saiful Wan Jan, serta lima pemimpin lain di ibu pejabat parti di Petaling Jaya.

Memetik laporan malaysiakini, Wan Saiful mengesahkan dipanggil Lembaga Disiplin bagi menjawab “serangan” beliau terhadap Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali, susulan kenyataannya dalam sidang media 29 September lalu.

Beliau mendakwa hubungannya dengan Azmin telah “sejuk, dingin dan beku” selepas perkembangan dalam siasatan skandal video 2019 yang dikaitkan dengan Azmin.

Prosiding asal dijadual pada 25 September lalu telah ditangguhkan. Dua ketua bahagian Bersatu, Fadhli Ismail (Ipoh Timor) dan Isa Saidi (Ampang), antara yang turut dipanggil esok.

Selain mereka, juga dipanggil adalah Wan Ahmad Fayhsal (Ahli Parlimen Machang), Abdul Razak Khamis (Ketua Bahagian Pendang) dan Azrudin Md Idris (Ketua Bahagian Hang Tuah Jaya).

Wan Saiful memberi reaksi bahawa beliau sedia menjawab tuduhan tersebut, dan menyifatkan panggilan itu sebagai langkah yang menyamakan “mengkritik Azmin” dengan menyerang parti.

Persoalannya kini ialah sama ada tindakan disiplin ini akan mencetuskan perpecahan dalaman dalam Bersatu atau memberi tekanan kepada barisan kepimpinan parti menjelang pilihan raya yang bakal tiba. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share