Tun Faisal Jaja Cerita Saya Arah Timbalan Usul Hamzah Ambil Alih – Chegubard

KUALA LUMPUR, 13 Okt 25 – Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson Badrul Hisham Shaharin mendakwa Ketua Penerangan Bersatu Datuk Tun Faisal Ismail Aziz sengaja menjaja cerita kononnya beliau mengarahkan bahagian itu membuat usul agar Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin ambil alih kemudi parti ketika mesyuarat agung tahunan bahagian.

Badrul Hisham dalam video siaran langsung di laman media sosialnya menjelaskan, usul tersebut sebenarnya di bawa dari cawangan dan beliau tidak pernah mengarahkan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Port Dickson, Akkil Aizat Othman agar ianya diangkat.

“Ini barua satu lagi nama Tun Faisal. Mangkuk hayun sebar (cerita konon) saya arah timbalan buat usul dan timbalan saya cakap semua orang ini arahan saya.

“Bila dia bercakap itu saya bawa timbalan saya. Bila dia dah panik mulalah dia kata boleh aku bersumpah. Tapi nak buat macam mana, kebolehan utama dia menjilat,” kata Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai Chegubard.

Dia menjelaskan, Bersatu Port Dickson mengajar ahli parti agar menyuarakan pandangan tanpa gentar dan diberi pendedahan proses sebar demokrasi dalam parti.

“Bila keluar usul isu tergempar. Di Port Dickson, ada kelas politik. Ada usrah kenapa benda ini, saya tanya semua orang, bebas bercakap. Nak bina fikrah. Bila semua bersatu baru ada penyatuan hati.

“Perbahasan cawangan, bawa usul, malah perwakilan diberi hak bangun dan bercakap. Saya nak melatih parti politik main peranan demokrasi. Kita bukan nak lahirkan parti atas cakap semua kena akur. Saya nak membina masyarakat. Semua orang bawa usul,” katanya.

“Selagi usul tak sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, perdana menteri, dan menteri besar Negeri Sembilan bincang sahajalah usul itu.”

Semasa Mesyuarat Tahunan Bahagian Julai lalu, Bersatu Port Dickson sebulat suara meluluskan usul agar peralihan kepimpinan parti yang menyaksikan Datuk Seri Hamzah Zainudin disaran mengambil alih peranan sebagai Presiden, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Usul itu turut mencadangkan Muhyiddin diberi peranan sebagai penasihat dan mentor kepada parti. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share