Pecat, Gantung Pemimpin Rugikan Bersatu Yang Sedia Ada Lemah, Kata Penganalisis

KUALA LUMPUR, 14 Okt 25 – Tindakan menggantung dan memecat keahlian wakil rakyat mereka merugikan Bersatu, dan tidak memulihkan parti yang bermasalah, kata penganalisis.

Dr Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia berkata, keputusan Lembaga Disiplin Bersatu terhadap ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal sebenarnya bakal melemahkan parti memandangkan kedua-duanya adalah tunggak kepada parti.

“Pemecatan Wan Saiful dan penggantungan Wan Ahmad Fayhsal kerugian kepada Bersatu. Kedua-dua pemimpin ini dianggap tunggak bersatu. 

“Wan Saiful intelektual, banyak idea dibawa selaku ahli Parlimen dan wakil rakyat pembangkang. Wan Saiful matang, bijak dalam beri pandangan dan sentiasa bersifat profesional dan prolifik di Parlimen.

“Wan Ahmad Fayhsal pula vokal, boleh bawa suara pembangkang untuk semak imbang tapi sekarang digantung kerugian buat Bersatu dan boleh lemahkan Bersatu akibat isu mutakhir ini,” katanya.

Tindakan pemecatan Wan Saiful pula katanya memberi kebebasan buat Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu untuk menyatakan sokongan kepada mana-mana parti, termasuk parti kerajaan.

“Wan Saiful sudah dipecat dia boleh sahaja sertai parti lain. Tapi saya fikir mereka akan ambil pendekatan mesra kerajaan. Kekal ahli Parlimen pembangkang tapi mesra kerajaan.

Mazlan bagaimanapun berkata, Akta Anti Lompat Parti tidak terpakai kepada Wan Saiful memandangkan dia dipecat parti, bukan melompat ke luar parti. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share