Tiada Pilihan, Ketepi Perbezaan Dan Lawan Kerajaan Gagal, Kata Pejuang

KUALA LUMPUR, 17 Okt 25 – Pejuang mengingatkan semua pihak yang menentang pentadbiran kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bersatu dan ketepikan perbezaan masing-masing.

Ketua Penerangan Pejuang Rafique Rashid berkata, mereka tidak lagi mempunyai pilihan sekiranya berhasrat untuk menolak kerajaan.

“Kita tiada pilihan lain. Semua pihak yang mempunyai niat yang sama mesti meletakkan ketepi perbezaan yang sedikit-sedikit demi melawan musuh lebih besar iaitu pemimpin dan kerajaan yang gagal mentadbir.

“Malaysia mesti diselamatkan,” katanya, dalam hantaran Facebook.

Rafique merujuk kepada penubuhan Payung Melayu dan Ikatan Prihatin Rakyat yang fokus kepada penyatuan pertubuhan dan parti politik di luar kerangka kerajaan.

“Dari Payung Melayu hinggalah Ikatan Prihatin Rakyat. Matlamatnya sama iaitu kesatuan semua pihak yang punyai niat serupa.

“Sebagai gabungan yang akan menjaga kebajikan rakyat bebas dari pimpinan kerajaan yang gagal mentadbir.

“Isu-isu yang perlu diangkat serta disuarakan juga hampir sama sepertimana sentiasa dibawa oleh parti-parti dan pihak-pihak yang ingin bergabung ini.

“Rakyat telahpun bersuara maka wajib gabungan ini mengangkatnya,” kata Rafique.

Banyak isu yang gagal ditangani kerajaan hari ini memerlukan perhatian daripada gabungan longgar tersebut, tambah Rafique.

“Isu kos sara hidup, keadaan ekonomi yang tidak sihat, suasana geo-politik rantau serta dunia, rang undang-undang yang berpotensi membawa bahaya seperti URA ataupun Akta Pemerolehan yang memberi kuasa luas pada Menteri serta membuka ruang salahguna , keadaan yang makin merisaukan tentang keselamatan di sekolah-sekolah, perubahan iklim dan sebagainya,” tambah Rafique.

Jelasnya juga, isu tersebut bakal memberi kesan kepada keseluruhan rakyat tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

” Hampir kesemua isu ini membabitkan rakyat segenap lapisan.Ianya bukan khusus pada orang Melayu sahaja tetapi pada semua rakyat Malaysia.

“Rakyat kini bersedia merubah apa yang ada. Sejarah telah membuktikan. Hanya melalui ikatan dan penyatuan,” katanya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

NGO Nasihat Muhyiddin Berehat, Tumpu Kes Mahkamah

Presiden Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, pertubuhan itu berpandangan, wajar untuk Muhyiddin mencontohi Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berehat daripada jawatan Presiden Muda bagi menghadapi pertuduhan terhadapnya di mahkamah.
Read More
Total
0
Share