PAS Kritik Protokol Sambutan Berlebihan Kepada Donald Trump

KUALA LUMPUR, 27 Okt 25 — Partai Islam Se-Malaysia (PAS) menyifatkan sambutan yang diberikan kepada bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump yang tiba di Malaysia semalam sebagai langkah yang “berlebih-lebihan”, seterusnya menggambarkan ia sebagai tindakan yang ibarat mencurah garam ke luka rakyat Palestin.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu, PAS menegaskan bahawa kedatangan Trump yang disambut dengan protokol rasmi serta sambutan megah di Kompleks Bunga Raya, KLIA, tidak wajar dilihat sebagai simbol kerjasama semata-mata tanpa mengambil kira sensitiviti isu Palestin.

“Gaya dan nada sambutan yang berlebih-lebihan … seolah-olah mencurah garam di luka penduduk Gaza yang masih berdarah.” Kata Takiyuddin Hassan.

Beliau menegaskan bahawa sebagai pengerusi ASEAN 2025, Malaysia tidak boleh mengetepikan prinsip keadilan dan kebebasan rakyat Palestin dalam sebarang interaksi diplomasi dengan kuasa besar.

PAS juga menggesa kerajaan untuk memastikan bahawa isu Palestin kekal menjadi prioriti dalam rundingan rasmi dengan Amerika Syarikat dan kelangsungan kerjasama diplomatik.

Dalam kenyataan sama, bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy turut mengkritik sambutan rasmi kepada Trump sebagai satu “keaiban diplomatik”, menafikan imej Malaysia sebagai negara yang tegas mempertahankan hak asasi dan kedaulatan rakyat tertindas. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share