Gerakan Terbuka Sesiapa Sahaja Pengerusi Baharu PN

KUALA LUMPUR | 10 Jan 26 – Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyatakan sikap terbukanya untuk menerima sesiapa sahaja yang dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) tanpa mengira parti.

Memetik laporan Sinar Harian, Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata, pihaknya tiada halangan selagi pemimpin tersebut mampu menyatukan semua komponen gabungan serta mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan agama.

“Kami tiada halangan selagi pemimpin itu dapat menyatukan semua komponen PN dan mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan agama,” kata Dominic Lau.

Beliau menegaskan bahawa keutamaan parti adalah memastikan kestabilan gabungan PN dan kepentingan rakyat berada di hadapan dalam sebarang keputusan kepimpinan. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Cutilah Rafizi, kata Dominic

“Jika beliau terlalu sibuk dengan urusan parti sehingga gagal melaksanakan tugas sebagai Menteri Ekonomi, lebih baik Rafizi mengambil cuti sementara. Sejak dilantik, tiada pencapaian ketara yang dapat dibanggakan rakyat,” katanya
Read More

Hassan Karim Desak SOSMA Dimansuhkan

“Kita berjanji dalam manifesto… apa juga undang-undang drakonian kita akan mansuhkan. Inilah masa. Ada dua tahun lagi kita di dalam Parlimen, kalau kita tidak mansuhkan ini, bermakna kita sama-sama, termasuk saya, gagal melaksanakan reformasi yang sebenarnya.”
Read More
Total
0
Share