ASEAN Perlu Rangka Dasar Pertahanan & Keselamatan Bersama – Tun M

KUALA LUMPUR, 3 Nov 25 — Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa blok ASEAN merangka satu dasar pertahanan dan keselamatan bersama bagi menghadapi pencerobohan maritim serta cabaran keselamatan serantau yang semakin rumit.

Memetik laporan FMT, Mahathir berkata, negara anggota ASEAN tidak boleh bertindak secara bersendirian apabila berdepan tekanan daripada kuasa besar; sebaliknya perlu menzahirkan pendirian dan kerjasama kolektif.

Mahathir turut menegaskan bahawa tindakan agresif di kawasan seperti Laut China Selatan bukan hanya isu nasional satu negara, tetapi tanggungjawab bersama ASEAN untuk menegakkan kedaulatan dan kebebasan pelayaran.

Beliau menyifatkan bahawa dengan wujudnya dasar pertahanan bersama, ASEAN akan berada pada kedudukan yang lebih kukuh ketika berhadapan dengan kuasa luar yang mungkin melihat rantau Asia-Tenggara sebagai kawasan mudah untuk campur tangan. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Teguhkan Integriti, Bukan Kuasa – Titah Sultan Nazrin

Sultan Nazrin yang juga pengerusi Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia (MKI) menyuarakan kebimbangan terhadap sebahagian umat Islam yang seolah-olah kehilangan arah apabila terlalu memfokuskan kepada kedudukan dan kuasa sehingga meremehkan prinsip kejujuran, ketelusan dan tanggungjawab sosial.
Read More
Total
0
Share