Kenyataan AGC Buktikan ART Berisiko Mencabuli Kedaulatan Negara – Peguam

KUALA LUMPUR, 4 NOV 25 — Perjanjian perdagangan timbal balik (ART) Amerika Syarikat (AS) – Malaysia mencabuli kedaulatan negara, kata peguam kanan Haniff Khatri Abdulla.

Kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum ini yang mengatakan Malaysia boleh keluar dari perjanjian ART itu pada bila-bila masa tidak menjawab soalan pokok sama ada perjanjian itu mencabuli kedaulatan negara atau tidak.

“Adakah perjanjian ART cabul kedaulatan negara? kami kata ya, pejabat AGC tak nafikan. Mereka kata kalau Malaysia nak keluar boleh keluar, itu bukan soalan pokok.

“Walaupun dengan kenyataan AGC yang baru dikeluarkan ia tidak menafikan apa pihak perundangan katakan perjanjian perjanjian perdagangan timbal balik Malaysia-AS sebenarnya mencabuli kedaulatan negara, ” kata Haniff dalam kenyataan video yang disiarkan di Facebook miliknya.

Haniff berkata, terdapat klausa yang menuntut Malaysia memperbetulkan peruntukan undang-undang sekiranya bercanggah dengan perjanjian tersebut .

“Kalau ada mana-mana klausa sememangnya ada mencabuli Perlembagaan maka kita wajib menurut perjanjian ini betulkan peruntukan perlembagaan yang halang kesahihan ART berkenaan.

“Atau ada undang-undang bertentangan ART kita perlu buat pindaan dalam tempoh munasabah dan hendaklah dimaklumkan atau berkuatkuasa 60 hari lepas ia dilakukan.

“Kenapa Malaysia perlu buat pindaan kepada Perlembagaan atau undang-undang untuk mematuhi klausa klausa yang dipersoalkan jika ia tidak mencabuli kedaulatan negara keluhuran Perlembagaan kedaulatan undang-undang,” soal Haniff.

Kenyataan AGC itu katanya jelas mengakui terdapat risiko pencabulan kedaulatan negara peruntukan Perlembagaan dan peruntukan undang-undang Malaysia sedia ada,” tambahnya.

” Sekurang-kurangnya kerajaan silap, jika pun mereka tak kelirukan rakyat mereka silap mengatakan perjanjian ini tidak mencabuli kedaulatan negara.” @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Perjuangan Kemerdekaan Belum Selesai – Presiden PAS

Menurut beliau, sejarah perjuangan kemerdekaan sebenar bermula sejak kejatuhan Melaka pada tahun 1511 apabila umat Islam bangkit menentang penjajahan Portugis. Bagaimanapun, sumbangan tokoh-tokoh ulama dan pejuang awal itu sering dipadamkan dalam lipatan sejarah yang ditulis penjajah.
Read More
Total
0
Share