Saifuddin Dedah Kontradiksi Keputusan MPT Dengan Langkah Lembaga Disiplin

KUALA LUMPUR | 11 Jan 26 — Ahli politik kanan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, mempersoal tindakan lembaga disiplin parti ketika Majlis Presiden Tertinggi (MPT) sedang menubuhkan Jawatankuasa Pengukuhan Parti bagi menangani ketegangan dalaman dan melaksanakan proses damai.

Dalam satu podcast ‘Trick Lama’, Saifuddin menjelaskan bahawa beliau hadir pada dua MPT terakhir dan turut mengikuti proses penubuhan jawatankuasa tersebut.

“Pada 4 November, keputusannya ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa pendamai. Antara nama yang disebut masa itu ialah Tan Sri Noh Omar untuk menjadi salah seorang anggotanya. Pada bulan November yang lalu, mesyuarat MPT lagi satu, Tan Sri Presiden mengatakan jawatankuasa pendamai ini nama dia tak cantik.

Jadi elok ditukar jadi jawatankuasa pengukuhan parti. Dan pengusinya ialah Tan Sri Rais Yatim,” kata beliau.

Saifuddin berkata, beliau memilih untuk tidak bersuara selepas pertemuan dengan lembaga disiplin dan menunggu keputusan rasmi, sambil berharap agar proses itu adil dan memberi peluang rayuan.

“Saya tak sebut apa-apa lah tentang ini. Saya tunggu keputusan lembaga disiplin, then kalau kena apa-apa saya merayu. I won’t say anything lah. Sebab nak damai kan,” ujarnya.

Beliau menambah bahawa perbincangan mengenai lembaga disiplin turut dibawa ke MPT terakhir yang beliau hadiri, termasuk cadangan penambahbaikan proses.

“In the last MPT, itu memang bincang soal lembaga disiplin, harus ada penambahbaikan dan sebagainya. So I was very hopeful. So saya pun senyap terus lah, and hoping that, okey lah lembaga disiplin will call me back and then I will have a fair trial dan sebagainya. Sekali kena macam ni je kan?, kata Saifuddin.

Pendedahan Saifuddin ini menonjolkan kontradiksi keputusan MPT yang memutuskan mahu melaksanakanproses perdamaian, namun tindakan pemecatan dilakukan secara sewenang-wenangnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share