Mantan Ketua Bahagian Dakwa Lembaga Disiplin Diperalat Golongan Tertentu

KUALA LUMPUR | 13 Jan 26  – Bekas Ketua Bahagian Bersatu Ampang, Hj Isa Saidi, mendakwa Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) malam tadi mengambil langkah membatalkan siasatan Lembaga Disiplin (LD) ke atas 10 Ketua Bahagian yang dijadualkan berlangsung pada 14 Februari 2026 (Rabu), hingga penambahbaikkan proses LD dibuat.

Dalam kenyataan medianya, Isa menegaskan bahawa pembatalan siasatan tersebut membuktikan bahawa proses disiplin sebelum ini tidak adil.

“Keputusan ini dibuat selepas bantahan keras beberapa Ahli MPT, yang diketuai oleh Timbalan Presiden, sehingga akhirnya Presiden akur bahawa siasatan tersebut tidak berasas, bersifat terancang dan mencetuskan ketegangan dalaman parti. Katanya.

Isa juga menegaskan bahawa tindakan LD sebelum ini jelas salah dari sudut perlembagaan parti dan menambah bahawa Lembaga Disiplin telah diperalatkan oleh Setiausaha Agung, Naib Presiden dan Ketua Penerangan bagi memenuhi agenda politik peribadi, dan bukannya menegakkan disiplin parti secara adil.

“Dengan keputusan MPT ini, adalah jelas bahawa tindakan 120 Ketua Bahagian yang menandatangani SD, termasuk 9 yang dipecat dan seorang yang digantung, TIDAK melanggar Perlembagaan Bersatu. Sebaliknya, keputusan MPT ini telah memberikan kemenangan yang bermaruah serta membersihkan nama mereka yang telah dianiaya oleh proses disiplin yang cacat dan tidak adil. Tegasnya.

Ekoran itu, beliau menuntut Faizal Azumu, Azmin Ali dan Tun Faisal meletakkan jawatan serta-merta, kerana tindakan mereka telah mencemarkan imej Bersatu di mata rakyat, merosakkan kepercayaan akar umbi serta memperlihatkan parti ini seolah-olah ditadbir oleh politik dendam, bukan prinsip.

“Mesyuarat MPT telah mendedahkan bahawa LD bukan lagi institusi disiplin, tetapi alat politik kumpulan tertentu bagi memenuhi agendi mereka. Ahli parti dan rakyat memerhatikan permainan politik sempit ini. Ujarnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share