Sia-Sia Azam Cari Bukti Kesalahan Dr Mahathir Di Luar Negara, Kata Aktivis

KUALA LUMPUR, 27 Sep 25 — Usaha Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki mencari aset milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di United Kingdom (UK) dan Switzerland adalah sia-sia.

Ahli Dewan Tertinggi Muafakat Nasional Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menegaskan, usaha itu tidak lain hanya mahu mencemar imej negarawan tersebut kerana tiada bukti kesalahan akan ditemui.

“SPRM tidak akan memperolehi sebarang bukti salahlaku Dr Mahathir di sana.

“Azam cukup-cukuplah menjadi ‘barua’ kepada kerajaan Madani yang senantiasa cuba untuk mencipta alasan bagi mencemarkan reputasi Dr Mahathir,” katanya, dalam satu kenyataan.

Khairuddin sebaliknya mencadangkan Azam meminta Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan enam kotak salah laku Dr Mahathir, seperti yang pernah didakwanya dahulu.

“Azam tidak perlu buang masa hendak berkolaborasi dengan pihak penguatkuasaan undang-undang di United Kingdom atau Switzerland kerana itu kerja sia-sia.

“Jalan yang paling pantas untuk mendakwa Dr Mahathir adalah dengan menyuruh Anwar serahkan enam kotak bukti-bukti salahlaku Dr Mahathir yang kononnya disimpan oleh PMX sejak tahun 1998,” katanya lagi.

Kenyataan itu susulan laporan media yang mana Azam mengatakan pihaknya masih berkolaborasi dengan agensi penguatkuasaan antarabangsa bagi mengesan serta mendapatkan maklumat terperinci berhubung isu itu.

Menurutnya SPRM masih bekerjasama dengan pihak berkuasa di UK, antaranya International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC), yang sedang membantu dalam kes ini.

“Selain UK, pihaknya turut meneliti maklumat berkaitan aset Dr Mahathir di Switzerland. Ya, betul kita juga melihat kepada negara-negara lain seperti Switzerland. Jadi buat masa ini, dua negara itu (UK dan Switzerland),” kata Azam. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share