Wan Saiful Saman Tun Faisal RM10 Juta Isu Fitnah di YouTube

KUALA LUMPUR | 18 Jan 26 — Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan, mengambil langkah undang-undang terhadap Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Faisal Ismail Bin Aziz, berhubung kenyataan yang didakwa bersifat fitnah melalui saluran YouTube “THE TIGER SHOW PODCAST” pada 31 Oktober 2025.

Wan Saiful menegaskan bahawa kenyataan itu telah mencemarkan reputasinya berkaitan program Jana Wibawa, dan peguam beliau, Tetuan Bahar Rusnan & Associates, telah menghantar Surat Tuntutan pada 3 Disember 2025.

Dalam surat tuntutan tersebut, Wan Saiful menuntut agar Tun Faisal menarik balik kenyataan fitnah, menerbitkan permohonan maaf bertulis dan video, memberikan jaminan tidak mengulangi kenyataan, dan membayar pampasan berjumlah RM10,000,000 beserta kos yang berkaitan.

“Saya tegaskan bahawa saya memelihara dan mengekalkan segala hak saya di bawah undang-undang berhubung perkara ini tanpa sebarang prejudis.”

Kegagalan memenuhi tuntutan ini, katanya, akan membawa kepada tindakan undang-undang selanjutnya. Peguam Wan Saiful kini sedang meneliti Surat Jawapan Balas Tun Faisal sebelum menentukan langkah seterusnya.

Saman ini menonjolkan isu fitnah di platform digital dan menjadi sorotan politik kerana melibatkan tokoh-tokoh utama parti politik, selain nilai pampasan yang besar.

Dalam satu temubual di youtube, ketika mengulas isu terkait Wan Saiful dan Wan Ahmad Fayhsal, Tun Faisal berkata “Yang dapat jana wibawa, wan saiful” secara langsung merujuk kepada Wan Saiful. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share