Dasar Kemasukan Tahun 1: Saifuddin Persoal Kekeliruan Menteri KPM

KUALA LUMPUR | 24 Jan 26 – Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Indera Mahkota dan Ketua Portfolio Pendidikan Perikatan Nasional (PN), hari ini menempelak kekeliruan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhubung pelaksanaan dasar kemasukan pelajar berusia 6 tahun ke Tahun 1 sekolah rendah.

Menurut Saifuddin, dalam tempoh empat hari lalu, Menteri KPM telah mengeluarkan tiga kenyataan berbeza, yang bukan sahaja mengelirukan ibu bapa, tetapi juga menimbulkan persoalan serius tentang kesediaan kementerian melaksanakan dasar tersebut.

“Mula-mula beliau menyatakan: terserah kepada ibu bapa sama ada memasukkan anaknya pada usia 6 atau 7 tahun. Sehari kemudian, bergantung kepada keputusan ujian diagnostik – pelajar yang berjaya akan memasuki Tahun 1 pada usia 6 tahun; yang gagal, pada usia 7 tahun.

“Semalam pula, beliau menyatakan pelaksanaan akan dijalankan secara berfasa, di sekolah terpilih, bergantung kepada kebersediaan guru dan bilik darjah,” jelas beliau.

Saifuddin menegaskan bahawa perubahan kenyataan yang kerap ini menimbulkan kekeliruan dan menggambarkan bahawa KPM sebenarnya belum bersedia untuk melaksanakan dasar yang telah diumumkan.

“Jadi, soalan saya: apa sebenarnya yang YB hendak buat?” tegas Saifuddin, menekankan bahawa rakyat dan ibu bapa berhak mendapat kepastian dasar yang jelas dan konsisten.

Pendedahan ini dilihat sebagai peringatan kepada KPM agar memperkemas komunikasi dan perancangan dasar, terutama menjelang pelaksanaan yang bakal memberi impak langsung kepada pelajar dan sistem pendidikan negara. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share