Lagi Dakwaan Rasuah Pegawai Tinggi, Libatkan Bekas Ketua Perisikan Pertahanan

KUALA LUMPUR | 29 Jan 26 — Bekas Ketua Pengarah Pertubuhan Perisikan Pertahanan Malaysia, Razali Alias, kini berdepan tiga pertuduhan rasuah berkaitan kontrak sistem untuk Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC). Tuduhan itu mencetuskan persoalan serius mengenai integriti pegawai kanan sektor keselamatan negara.

Menurut pertuduhan, Razali didakwa menerima AS$20,000 (RM78,550) daripada seorang pengarah syarikat untuk meluluskan surat pengesahan dan perkhidmatan penyelenggaraan sistem CDOC antara Ogos dan November 2024 serta April 2025. Selain itu, beliau turut didakwa menerima dua tiket penerbangan pergi balik ke Eropah untuk isterinya, bernilai RM26,800 dan RM37,800.

Kesemua pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan, dengan hukuman maksimum yang boleh dikenakan termasuk penjara dan denda berganda.

Untuk rekod, ini merupakan kes ke tiga dalam tempoh beberapa bulan, mengenai dakwaan skandal rasuah berkaitan dengan pegawai tinggi agensi keselematan negara.

Pada 22 Januari baru-baru ini, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Bekas Ketua Tentera Darat didakwa dengan empat pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM2.1 juta yang dipercayai hasil daripada aktiviti haram antara tahun 2024–2025.

Pertuduhan dibacakan di Mahkamah Khas Rasuah Kuala Lumpur di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sementara itu, Tan Sri Mohd Nizam Jaafar, yang pernah menjawat jawatan Ketua Angkatan Tentera Malaysia, turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 23 Januari 2026 atas empat pertuduhan berkaitan rasuah.

Pertuduhan termasuk menyalahgunakan kuasa, pecah amanah jenayah, dan menerima hadiah tanpa balasan dalam urusan perolehan kontrak bagi Tabung Kebajikan Angkatan Tentera (welfare fund). @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share