Persenda Jalur Gemilang Kerja Bodoh, Kata Wartawan Veteran

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 25 — Tindakan mempersenda Jalur Gemilang adalah tindakan bodoh dan berbahaya, kata wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin.

Beliau berkata, tindakan sedemikian bukan sahaja menimbulkan kemarahan tetapi salah dari segi undang-undang.

“Yang tidak boleh kerana salah dari segi undang-undang dan menimbulkan kemarahan adalah mempersendakan bendera negara dan lagu kebangsaan.

“Adalah kerja bodoh yang berbahaya mempersenda Jalur Gemilang dan (lagu kebangsaan) Negaraku,” katanya, dalam hantaran Facebook.

Katanya, bagaimanapun banyak perkara lain yang boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang.

“Hendak bernakal-nakal dengan cara yang tidak membahayakan (harmless), boleh.

“Hendak ‘viral’ dengan kerja-kerja bodoh yang tidak ancam keselamatan, boleh…hendak sindir, perli dan tunjuk protes pun boleh tetapi biarlah dengan bijaksana dan waras,” katanya.

Tindakan mempersendakan Jalur Gemilang bagaimanapun akan mencetus reaksi  kemarahan orang lain, kata Kadir.

“Setiap orang berhak mempertahankan kemuliaan Jalur Gemilang dan Negaraku,” tegasnya. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share