Bubar Sahaja Lembaga Disiplin Bersatu – Wan Saiful

KUALA LUMPUR 3 NOV 25 — Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa lembaga disiplin Bersatu dibubarkan dengan segala keputusan yang pernah dibuat perlu dibatalkan segera.

Menurut Ketua Bahagian Bersatu Bangi yang dipecat itu, lembaga disiplin tidak melaksanakan tugas secara adil tanpa memihak sebaliknya tindakan mereka dakwanya seperti memenuhi kehendak individu tertentu.

“Sikap berat sebelah yang ditunjukkan melambangkan betapa ahli-ahli lembaga disiplin perlu dirombak semula.

“Kandungan perjumpaan ini jelas menunjukkan aduan sebenar terhadap saya langsung tidak dibincangkan dengan betul, tetapi lembaga disiplin lebih banyak cuba mewujudkan persepsi negatif terhadap Timbalan Presiden Datuk Seri Hamzah Zainuddin,” katanya, dalam satu kenyataan.

Kenyataan itu turut mendedahkan transkrip rakaman prosiding terhadapnya yang dakwanya sebagai bukti lembaga disiplin secara sengaja cuba mengaitkan Hamzah dan tuduhan salah laku terhadapnya.

“Ada pihak yang menuntut supaya dibuktikan dakwaan bahawa lembaga disiplin Bersatu hanyalah alat untuk mensasarkan Hamzah.

“Hari ini saya kongsikan rakaman penuh sesi perjumpaan saya dengan lembaga disiplin pada hari Rabu 8 Okt 2025 di ibu pejabat Bersatu, “kata Wan Saiful.

Kandungan rakaman itu antara lain mendedahkan Pengerusi Lembaga Disiplin Datuk Radzi Manan berusaha mengaitkan segala dakwaan salah laku berkaitan sekumpulan pemimpin Bersatu sebagai dipayungi Hamzah.

“Malahan, dalam sesi tersebut saya diberikan masa sehingga Rabu 15 Okt tetapi surat pemecatan saya dihantar pada 13 Okt.

“Ini menimbulkan persoalan adakah lembaga disiplin diarahkan untuk mengubah keputusan mereka untuk memenuhi agenda individu tertentu?” soal Wan Saiful.

Wan Saiful dipecat keahlian Bersatu dengan Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung keahlian selama sepenggal.

Turut dipecat adalah beberapa ketua bahagian yang menyokong gerakan mendesak Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berundur. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Sultan : Tiada Ladang Babi Di Selangor ‘Full Stop’

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor kekal dengan pendirian Baginda seperti yang telah ditegaskan menerusi Kenyataan Media bertarikh 10 Februari 2026 bahawa Baginda tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di mana-mana daerah di Negeri Selangor Darul Ehsan,” menurut kenyataan itu.
Read More
Total
0
Share