Assalamualaikum
Salam perjuangan.
Selama ini, saya hanya melihat dan mendengar tetapi sudah sampai masanya untuk saya meluahkan isi hati saya yang sudah lama terpendam dan terbuku di hati ini. Dan saya minta izin rakan rakan seperjuangan ambillah sedikit masa untuk hayati hajat di hati saya mengenai perkembangan semasa yang sedang berlaku dalam negara kita.
Saya mengikuti perkembangan semasa politik negara akhir akhir ini yang di lihat berada dalam keadaan kritikal dan juga membimbangkan.
Tsunami besar dapat dilihat sedang melanda kapal PERIKATAN NASIONAL( PN) yang sedang bergelut dengan pergolakan dalaman.
PN ialah gabungan yang menjadi harapan rakyat, kesepaduan yang di bina selama ini tentunya tidak di senangi malah di cemburui oleh seteru politik khususnya PH-BN.
Justeru itu saya sebagai Ahli akar umbi Parti dalam gabungan PN menggesa supaya kepimpinan PN untuk tidak memberikan ruang dan peluang kepada musuh politik untuk memecah- belahkan perpaduan PN. Perbezaan pendapat mesti di urus dengan matang agar muafakat sedia ada akan terus utuh.
Saya juga berpendirian tegas bahawa PN bukanlah medan persaingan ego atau pentas perbalahan antara rakan dalam parti komponen, sebaliknya ia adalah sebuah amanah yang di Bina atas kepercayaan rakyat untuk membawa kestabilan dan kematangan dalam pentadbiran Negara.
Saya juga mewakili ahli di peringkat akar umbi menggesa supaya gencatan politik serta polemik atau kenyataan terbuka yang bersifat menyindir, mempertikaikan atau melemahkan rakan gabungan di platform media secara terbuka.
Perbezaan pendapat adalah lumrah dalam politik, namun kegagalan mengurus perbezaan secara mengikut emosi adalah kegagalan dalam kepimpinan, bukan bukti keterbukaan.
Pemimpin dalam gabungan PN seharusnya berperanan sebagai penyatu dan penenang, bukannya pencetus ketegangan yang akhirnya melemahkan jentera dan keyakinan akar umbi.
Saya juga berpandangan bahawa sebarang tindakan berterusan untuk melemahkan kerjasama antara PAS dan BERSATU akan memberi kesan langsung kepada kepercayaan rakyat Malaysia..
Saya juga menyeru kepada seluruh pimpinan tertinggi PN, gunakanlah kebijaksanaan buah fikiran sebelum membuat sebarang keputusan. Gabungan ini di Bina atas amanah pengundi dan ianya mesti di perlihara
Azrol Mansor , Ahli BERSATU Akar Umbi
Artikel ini merupakan pendapat peribadi penulis semata-mata dan tidak semestinya mewakili pandangan politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.