Ada Usaha Ubah Hala Tuju BERSATU – Dakwa PERKASA

KUALA LUMPUR | 13 Feb 26 – Dalam transkrip wawancara yang disiarkan semalam, Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Syed Hassan menegaskan bahawa terdapat gerakan dalaman dalam Parti BERSATU yang cuba melemahkan pengaruh Timbalan Presiden, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau mendakwa, ada pihak dalam parti yang dikatakan bercadang membawa BERSATU atau Perikatan Nasional bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) — sesuatu yang dianggap bertentangan dengan prinsip penyatuan parti Melayu yang diperjuangkan oleh Hamzah melalui rundingan dengan UMNO dan PAS.

“Adakah dia sedar ada juga pihak dalam BERSATU yang mahu membawa BERSATU atau PN bekerjasama dengan PH?

“Orang Melayu mahu bersama siapa? Orang Melayu mahu bersama parti-parti Melayu. Orang Melayu mahu PAS, UMNO dan BERSATU bergabung supaya berlaku pertandingan satu lawan satu dengan PH. Katanya.

Dalam wawancara itu juga Syed Hassan berkata sekiranya ada pihak berusaha membawa Bersatu bersama PH, ia dianggap “luar tabii”, dan kemungkinan wujudnya pihak yang tidak mahu Hamzah terus memimpin – sehingga ada tuduhan “usaha untuk memecahkan Hamzah”.

“Tetapi jika ada pihak mahu membawa Bersatu bekerjasama dengan PH, ini sudah luar tabii. Katanya.

Naratif itu menunjukkan wujud kekhuatiran sesetengah pihak bahawa pengaruh Hamzah yang dilihat kuat dalam kalangan NGO Melayu dan penyokong penyatuan parti Melayu mungkin cuba dipinggirkan demi keputusan yang lebih mudah bagi pihak tertentu dalam kepimpinan parti itu. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Exco Armada Kecewa PAT Bersatu Jadi Pentas ‘Bodek Presiden’

Meor yang juga Exco Armada Bersatu Malaysia turut mengimbas usul utama dalam tiga PAT berturut-turut yang disifatkan berulang tanpa membawa hala tuju baharu di mana pada PAT 2023 mendesak Muhyiddin kekal sebagai Presiden. Manakala PAT 2024 mengangkat jawatannya sebagai Presiden Pengasas, dan pada PAT 2025 menamakan beliau sebagai calon Perdana Menteri.
Read More
Total
0
Share