RESET Perlu Diketengahkan Kepada Semua Kaum — Tan Tee Beng

KUALA LUMPUR | 2 Jun 26 — Mantan Ahli Parlimen PKR, Tan Tee Beng berkata konsep RESET perlu diperluaskan kepada masyarakat bukan Bumiputera sekiranya ia mahu berkembang menjadi gagasan nasional yang mendapat sokongan semua kaum.

Menurut beliau, keadaan ekonomi negara yang semakin mencabar sejak tahun 2000 menyebabkan ramai rakyat berasakan beban hidup dan kesukaran perniagaan semakin meningkat.

“Awak tengoklah, awak pandangkan ekonomi negara kita sejak tahun 2000 sampai sekarang semakin merosot. Tiap-tiap tahun pun ada orang kata bisnes susah, rakyat beban. Jadi kekongsian prosperity di negara kita patut dibuat balik, dipulih balik macam 70-an, 80-an,” katanya.

Beliau berkata konsep RESET menarik perhatian masyarakat bukan Bumiputera kerana menawarkan pendekatan yang mengembalikan semula keharmonian dan perkongsian peranan yang pernah menjadi asas pembangunan negara.

Mengulas keadaan negara selepas kemerdekaan, Tan berkata pembahagian peranan antara kaum ketika itu lebih jelas dan membantu menjana pertumbuhan ekonomi serta kestabilan politik.

“Kaum Melayu kapten kapal ini, bawa mana-mana kita kena pergi. Chinese yang control ekonomi ini. Jadi kita harus mengembalikan semula seperti RESET, mengembalikan semula ke status asal di mana semua orang hidup dalam keadaan harmoni,” katanya.

Beliau turut berpandangan bahawa kejayaan ekonomi yang dicapai oleh ramai usahawan Cina pada masa lalu tidak semestinya membawa kepada campur tangan dalam urusan politik negara.

But are these people interfering the politics of the kapal? Paling kurang dalam mata saya, saya tidak melihat,” katanya.

Menurut Tan, antara cabaran utama ketika ini ialah memperkenalkan konsep RESET kepada kelompok bukan Bumiputera yang masih kurang terdedah kepada gagasan tersebut berbanding masyarakat Melayu.

“Saya nampak sampai sekarang RESET ini di golongan bumi memang hebat. Tapi di golongan kaum lain macam tak cukup,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan usaha promosi dan penerangan perlu dipertingkatkan sekiranya gagasan tersebut mahu diterima secara lebih meluas.

In order for the party or the new party to rise or Datuk Seri Hamzah to become the new leader of our country, this prinsip RESET must be widespread,” katanya.

Wawancara penuh Tan Tee Beng akan disiarkan esok di politiko.my. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share