
KUALA LUMPUR | 13 Feb 26 – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menyatakan beliau bersedia untuk disiasat oleh sebarang jawatankuasa bebas yang ditubuhkan kerajaan bagi meneliti dakwaan berkaitan pemilikan sahamnya, dan menegaskan tiada apa yang disembunyikan.
Dalam kenyataan hari ini, Azam berkata semua pengisytiharan aset dan kewangan telah dibuat mengikut peraturan perkhidmatan awam yang berkuat kuasa serta melalui saluran rasmi, seperti yang diwajibkan kepada semua penjawat awam.
Beliau mengalu-alukan proses siasatan yang telus dan bebas untuk menentukan fakta berdasarkan bukti serta prinsip keadilan, sambil menegaskan pendekatan demikian penting bagi mempertahankan integriti dirinya dan mengekalkan keyakinan rakyat terhadap SPRM.
Azam menegaskan bahawa tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang dan tiada yang patut dihukum berdasarkan persepsi atau naratif media semata-mata, serta yakin bahawa kebenaran akan terungkap melalui proses yang adil dan bebas.
Baru-baru ini, kontroversi mucul selepas media Bloomberg menyiarkan laporan yang mendakwa, Azam Baki memiliki pegangan saham dalam jumlah yang besar. Namun laporan tersebut dinafikan oleh Azam. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.