Wan Saiful: Letak Jawatan Bukan Lompat Parti, Isyarat Tolak Muhyiddin-Azmin

KUALA LUMPUR | 22 Feb 26 – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan menegaskan bahawa tindakan meletakkan jawatan dalam parti bukanlah satu bentuk lompat parti, sebaliknya merupakan isyarat politik jelas menolak penguasaan kepimpinan tertentu dalam BERSATU.

Beliau berkata demikian susulan pembubaran Jawatankuasa BERSATU Bahagian Pendang yang menurutnya satu perkembangan signifikan dan mencerminkan sentimen akar umbi.

“Perletakan jawatan bukan lompat parti. Ia adalah langkah politik yang sah dan tidak melanggar peraturan anti lompat parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, tindakan Ketua Bahagian Pendang, YB Razak Khamis yang juga ADUN Sungai Tiang dan Timbalan Speaker Negeri Kedah, memberi jawapan kepada persoalan yang dibangkitkan ramai wakil rakyat BERSATU mengenai risiko undang-undang sekiranya mereka mahu menyatakan pendirian terhadap kepimpinan parti.

Wan Saiful yang juga mantan Ahli MPT yang dipecat October lalu menjelaskan, seseorang ADUN atau Ahli Parlimen boleh meletakkan jawatan dalam parti sebagai tanda menolak kepimpinan, tanpa perlu keluar parti dan tanpa mencetuskan implikasi anti lompat parti.

Pembubaran jawatankuasa di peringkat bahagian itu, katanya, melambangkan bahawa akar umbi mahukan perubahan dan menolak penguasaan yang dikaitkan dengan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali.

Beliau turut mempersoalkan naratif teknikal yang menyatakan bahawa bahagian tidak terbubar sekadar kerana ahli jawatankuasa meletakkan jawatan.

“Hakikatnya, apabila sebegitu ramai AJK meletak jawatan, maka jawatankuasa Bahagian itu telah terbubar dan Bahagian itu menjadi lumpuh,” katanya.

Dalam kenyataan sama, beliau menyeru ahli parti untuk bersama dalam agenda “Reset Malaysia” dengan menegaskan bahawa kesetiaan wakil rakyat seharusnya tertumpu kepada perjuangan membela rakyat dan membina negara, bukan kepada kepentingan individu tertentu.

“Rakyat akan menghukum mana-mana ahli politik yang meletakkan kepentingan peribadi lebih tinggi daripada perjuangan agama, bangsa dan negara,” tegasnya.

Kenyataan itu dilihat sebagai sebahagian daripada gelombang tekanan dalaman terhadap kepimpinan parti, susulan tindakan 19 Ahli Parlimen yang sebelum ini dilaporkan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi.

Perkembangan di Pendang kini berpotensi menjadi penanda aras sama ada lebih ramai pemimpin di peringkat bahagian dan negeri akan mengambil langkah serupa dalam tempoh terdekat. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Anwar Wajar Berehat Sementara, Kata Ummah

“Sekiranya seorang perdana menteri mempunyai kekebalan penuh, apa akan jadi jika beliau melakukan kesalahan? Apakah rakyat harus akur bahawa pemimpin negara tidak boleh disentuh undang-undang, sedangkan rakyat biasa tetap dikenakan tindakan?” soal beliau lagi.
Read More
Total
0
Share