BERSATU Terus Terjejas, Semakin Banyak Bahagian Umum Bubar

JULAU | 23 Feb 26 — Krisis dalaman Parti BERSATU terus berlanjutan apabila Ketua Bahagian Julau, Dr. Ambrose Labang Jamba, mengumumkan peletakan jawatan diikuti keputusan jawatankuasa bahagian untuk membubarkan bahagian itu pada 22 Februari.

Dalam kenyataan media, Dr. Ambrose bersama barisan Ahli Jawatankuasa termasuk Timbalan Ketua Bahagian Keri Anak Jawi, Setiausaha Bahagian Stantly Ampah, Bendahari Maureen Anak Jame, serta beberapa AJK dan Ketua Cawangan, menegaskan bahawa mereka meletakkan jawatan secara beramai-ramai dan keluar daripada Bersatu berkuat kuasa serta-merta.

Keputusan itu, menurut mereka, dibuat setelah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden Muhyiddin Yassin, sekali gus mengakibatkan pembubaran jawatankuasa bahagian Julau sepenuhnya.

Dr. Ambrose menegaskan bahawa langkah itu diambil demi memastikan integriti perjuangan politik ahli bahagian dan menyusun semula hala tuju organisasi pada masa depan.

Terdahulu, BERSATU bahagian Raub dan Lipis turut membuat keputusan mengejut untuk membubarkan jawatankuasa masing-masing baru-baru ini.

Ketua Bersatu Bahagian Raub, Datuk Fakrunizam Ibrahim, berkata keputusan itu dibuat atas dasar hilangnya kepercayaan dan rasa hormat terhadap kepimpinan parti peringkat pusat.

“Keseluruhan jawatankuasa Bersatu Bahagian Raub telah berpencen/dibubarkan berkuat kuasa hari ini,” katanyaketika dihubungi.

Langkah sama diambil oleh bahagian Lipis, yang dipimpin Nor Alias Ibrahim, selepas mesyuarat khas bersama bahagian dan cawangan memutuskan secara sebulat suara untuk meletakkan jawatan.

Mereka menyatakan kekecewaan terhadap cara pengurusan parti oleh Presiden Muhyiddin Yassin serta ketidakmampuan beliau menangani krisis yang telah berlanjutan lebih setahun.

Sekalipun Presiden BERSATU, Muhyddin Yassin mengumumkan satu ‘Task Force’ untuk menyususn kembali parti, bahagian-bahagian BERSATU terus menerus mengumumkan pembubaran bahagian masing-masing. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share