
KUALA LUMPUR | 24 Feb 26 – Aktivis politik Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard membangkitkan persoalan mengenai dakwaan layanan berbeza kerajaan apabila isu anak seorang Exco Terengganu disiasat, namun dakwaan melibatkan anak kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, pula didakwa seolah-olah didiamkan.
“Exco Terengganu ditahan kerana konon arah anak diambil kerja dengan GLC negeri. Kalau ia salah Che GuBard sokong siasatan dan kalau ada bukti dakwa di mahkamah. Ujarnya.
Menurutnya lagi, jika penglibatan anak Exco dalam urusan tertentu dianggap sebagai salah guna kuasa dan nepotisme, maka prinsip yang sama seharusnya terpakai apabila timbul dakwaan penglibatan anak Perdana Menteri dalam urusan rasmi melibatkan kerajaan dan industri strategik negara.
“Kalau Exco Terengganu ditahan sebab lantik anak maka Anwar Ibrahim juga wajib ditahan sebab anaknya Nurul Izzah Anwar dilantik perbagai jawatan malah ingat lagi anak lelaki dia juga wakili Proton dalam deligasi bincang dengan kerajaan luar negara. Katanya.
Hari ini, Exco Terengganu Hanafiah Mat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas dua pertuduhan menyalahgunakan kedudukan bagi mendapatkan suapan membabitkan ahli keluarganya.
Adun Chukai yang juga exco infrastruktur, utiliti dan pembangunan luar bandar itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azman Mustafa, lapor Harian Metro.
Hanafiah didakwa menggunakan kedudukannya sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pengerusi Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn Bhd (PBKSB) untuk mendapatkan suapan bagi anak kandungnya, Mohd Najmi Hanafiah, pada 15 Ogos 2020.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum bawah Seksyen 24(1) akta sama. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.