Benarkah Dakwaan Rafizi, Azmin Kerap Jumpa Anwar? – Wan Fayhsal

KUALA LUMPUR | 26 Feb 26 – Kenyataan bersifat sinis dan berlapik daripada Ahli Parlimen Pandan, YB Datuk Seri Rafizi Ramli mencetuskan persoalan baharu mengenai dinamika dalaman pembangkang, khususnya melibatkan Datuk Seri Azmin Ali dan kepimpinan tertinggi parti.

Dalam satu video perbualan yang dikongsikan oleh Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Lee Chean Chung secara berseloroh menyatakan bahawa mereka “belum ucap tahniah” kepada Datuk Seri Azmin kerana berjaya kekal dalam parti, sambil menyifatkannya sebagai sesuatu yang “hebat”.

Nada tersebut disambut oleh Rafizi dengan kenyataan lain yang membayangkan wujudnya kemungkinan “plot twist”, merujuk kepada dakwaan pertemuan yang kerap antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.

“Dan mungkin kena tanya Datuk Seri Anwar Ibrahim juga sebab dia yang selalu jumpa Azmin sekarang kan. Dia ada plot twist yang lain. Kata Rafizi dalam klip video tersebut.

Wan Fayhsal yang berkongsi video tersebut turut mengulas kenyataan Rafizi dan mempersoalkan sama ada pertemuan yang didakwa rafizi itu telah dimaklumkan kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, serta sama ada ia mendapat mandat rasmi daripada presiden parti.

“Wah, hebat betullah ucapan taniah daripada ahli-ahli parlimen PKR kepada Datuk Sri Azmin Ali ni.

“Oh, betulkah dakwaan Yang Berhormat Pandan ni berkaitan dengan perjumpaan-perjumpaan yang kerap dilakukan seperti dakwa beliau antara PMX dengan Datuk Seri Azmin Ali?

“Adakah perjumpaan ini dimaklumkan Kepada Majlis tetinggi Bersatu? Apakah dimaklumkan kepada Presiden? Mendapat mandat daripada MPT Bersatu? Hmm Ini menarik Mungkin Mungkin ada banyak lagi kita tak tahu. Kata Wan Fayhsal.

Lebih menarik, perbualan tersebut turut menyentuh kedudukan Datuk Seri Hamzah Zainudin, dengan sindiran bahawa perkembangan ini mungkin menjadi antara faktor beliau “disepak keluar” daripada  parti.

Kenyataan itu secara tidak langsung menguatkan spekulasi bahawa pemecatan Hamzah ada kaitan dengan rancangan pihak tertuntu untuk menguasai BERSATU. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Sayap Bersekutu Johor Dibubarkan, Protes Pemecatan Hamzah

Pengerusi Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang, berkata beliau sendiri keluar dari BERSATU sebagai protes terhadap keputusan pemecatan itu, dan sebahagian besar Ahli Jawatankuasa negeri sayap bersekutu turut meletak jawatan, membawa kepada pembubaran sayap bersekutu di peringkat negeri.
Read More
Total
0
Share