“Tuduhan Jatuhkan Kerajaan, ‘Pembohongan Terbesar’ — Peguam Naimah

KUALA LUMPUR | 4 Mac 26 — Dakwaan terdapat cubaan menjatuhkan kerajaan melalui strategi komunikasi dengan agensi antarabangsa disifatkan sebagai “pembohongan terbesar” oleh pasukan peguam Na’imah Abdul Khalid, yang turut menafikan sekeras-kerasnya semua tuduhan terhadap anak guam mereka.

Peguam yang mewakili Na’imah, Nizamuddin Hamid berkata, tiada satu pun isi dalam pelan komunikasi yang diedarkan termasuk unsur untuk menjatuhkan kerajaan atau menggugat kestabilan politik negara.

Pelan tersebut, menurut peguam, hanyalah strategi perhubungan awam biasa bagi memberi keyakinan kepada pihak bank bahawa isu undang-undang yang membabitkan keluarga itu tidak menjejaskan kedudukan kewangan mereka.

“Ini bukan plot politik; ini hanyalah pelan perniagaan biasa. Tidak ada sebutan tentang Zionis, jurubank, atau hasrat menggulingkan kerajaan seperti yang didakwa di Parlimen,” jelas Nizamuddin seperti dilaporkan FMT.

Perdana Menteri sebelum ini memberitahu Parlimen bahawa siasatan polis sedang dijalankan terhadap laporan yang menyatakan terdapat elemen plot strategi yang melibatkan pihak luar — termasuk media antarabangsa, jurubank, malah kelompok yang disebut sebagai Zionis — bagi merangka tindakan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia menjelang pilihan raya akan datang.

Nizamuddin juga memberi amaran bahawa jika tuduhan sama diulangi di luar Parlimen — di mana perlindungan imuniti tidak terpakai — anak guam mereka mungkin mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang membuat dakwaan tersebut. @sumber

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share