
IPOH | 18 Mac 26 — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manek, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin berpendapat bahawa tiada kesalahan bagi mana-mana pemimpin politik untuk mengadakan pertemuan dengan pemimpin lain, selagi ia tidak melibatkan urusan rasmi yang memerlukan mandat parti.
Beliau berkata, tidak semua pertemuan perlu mewakili parti atau mendapat kelulusan rasmi, khususnya jika ia sekadar bertujuan untuk bertukar pandangan serta membincangkan perkara berkaitan kepentingan agama, bangsa dan negara.
“Sebagai pemimpin, adalah menjadi tanggungjawab untuk mendengar pandangan dan berbincang demi kepentingan bersama,” katanya ketika mengulas dakwaan Hamzah bahawa pertemuan dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi, atas tujuan penyatuan Melayu
Mengulas lanjut, beliau mempersoalkan tindakan disiplin terhadap Hamzah sekiranya pertemuan sedemikian dijadikan alasan untuk pemecatan, dan menyifatkannya sebagai tidak munasabah serta berkemungkinan didorong oleh faktor lain.
Dalam pada itu, beliau turut merujuk kepada peranan negarawan Mahathir Mohamad, dengan menyatakan bahawa individu yang menerima amanah daripadanya wajar melaksanakan tanggungjawab tersebut.
“Dan sudah tentu mereka yang menerima arahan Tun M akan merasa terpanggil untuk cuba melaksanakan hasrat Tun M.
Beliau juga mempertahankan Hamzah Zainudin yang dilantik mengetuai satu jawatankuasa, sambil menyifatkan pelantikan itu sebagai amanah yang perlu dilaksanakan.
“Tidak timbul isu membelakangkan TS Muhyiddin Yassin kerana entiti jawatan yg berbeza – sewajarnya Parti merasa bangga kerana ada pemimpin besar yang dipilih bagi jalankan tugas besar. Ujarnya.
Selain itu, beliau menegaskan bahawa perkara tersebut tidak seharusnya ditafsirkan sebagai membelakangkan kepimpinan Muhyiddin Yassin kerana melibatkan peranan dan tanggungjawab yang berbeza.
Beliau turut berpandangan bahawa parti sewajarnya melihat perkara itu secara positif, khususnya apabila pemimpin diberi kepercayaan untuk memikul tanggungjawab di peringkat lebih luas. @politiko.my
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.