
PETALING JAYA | 19 Mac 26 — Krisis dalaman BERSATU berterusan apabila Ketua Bahagian Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard, mengesahkan beliau telah dipecat daripada parti itu.
Menurutnya kepada FMT, keputusan pemecatan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Lembaga Disiplin BERSATU menerusi aplikasi WhatsApp sekitar jam 6 petang, semalam.
Pemecatan tersebut dilihat sebagai tindakbalas terhadap siri kenyataan terbuka beliau yang sebelum ini mengkritik kepimpinan tertinggi parti BERSATU.
Sebelum ini, Chegubard turut menyatakan enggan memberi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab yang diterima kerana menganggapnya tidak berasas.
Langkah drastik ini mengukuhkan lagi persepsi bahawa BERSATU kini berdepan tekanan dalaman serius, khususnya melibatkan perbezaan pandangan dalam kalangan pemimpin sendiri. @sumber
Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.