Senator & Pegawai Washington Dakwa Konflik Iran Berpunca Dari Agama

KUALA LUMPUR | 30 Mac 26 — Konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran kini semakin sukar difahami sekadar dari sudut ketenteraan, apabila retorik tokoh AS menekankan bahawa agama memainkan peranan penting.

Laporan Al Jazeera memetik Setiausaha Perang AS, Pete Hegseth, yang menggambarkan Iran sebagai “didorong oleh delusi Islamis bersifat kenabian”.

Menurut Hegseth, pendekatan ini menunjukkan bagaimana agama digunakan untuk membingkai konflik global, bukan semata-mata ancaman ketenteraan.

Sementara itu, dalam laporan yang sama, Senator AS Marco Rubio pula dikutip berkata pemimpin Iran adalah fanatik agama, menegaskan bahawa pertembungan ini bukan sekadar persaingan kuasa tetapi juga pertembungan ideologi keagamaan yang mendalam.

Laporan itu turut menekankan peranan golongan evangelikal Kristian di AS yang melihat konflik Timur Tengah dalam konteks ramalan keagamaan, termasuk naratif “akhir zaman”, manakala Israel pula menggunakan unsur Zionisme berasaskan agama untuk membentuk dasar keselamatan dan strategi serantau.

Di pihak Iran, sistem Wilayat al-Faqih menjadikan ulama sebagai autoriti tertinggi, memberikan legitimasi agama terhadap dasar dan tindakannya. Menurut laporan, retorik agama oleh semua pihak tidak hanya mengukuhkan sokongan domestik, malah berfungsi sebagai justifikasi moral terhadap tindakan ketenteraan.

Wartawan Al Jazeera memberi amaran bahawa naratif ini meningkatkan risiko konflik ditafsir sebagai “perang agama”, yang boleh mencetuskan polarisasi global dan menyukarkan usaha diplomasi di masa hadapan.

Laporan berkaitan dakwaan tersebut dipercayai untuk membingkai persepsi buruk terhadap Islam dan Iran.

Pada 28 Februari 2026, Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan bersama ke atas pelbagai sasaran di Iran. Sementara itu Iran turut mempertahankan diri mereka dengan melancarkan serangan balas ke atas Israel dan pusat-pusat ketenteraan AS di beberapa negara teluk. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Bersatu Hilang Arah, Dakwa Chegubard

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa, dengan adanya PAS dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) Bersatu seharusnya boleh bergerak lebih pantas sekiranya fokus kepada perkara yang betul.
Read More
Total
0
Share