‘Klise’ – Kenyataan ‘Tidak Membebankan’ Kerajaan Disindir

KUALA LUMPUR | 2 Apr 26 — Kenyataan berulang kerajaan bahawa bekalan minyak kekal stabil dan rakyat tidak terbeban terus menjadi sasaran kritikan, kali ini oleh bekas Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A. Kadir Jasin.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau menyifatkan naratif tersebut sebagai “klise” atau kata-kata basi, yang tidak lagi selari dengan realiti semasa di mana harga bahan api dilihat meningkat secara konsisten setiap minggu.

“Kerajaan jamin bekalan minyak stabil, rakyat tidak dibebani adalah cliché. Setiap minggu harga meroket,” katanya ringkas.

Kenyataan itu mencerminkan sentimen yang semakin berkembang dalam kalangan pemerhati dan pengguna, yang mempersoalkan jurang antara mesej rasmi kerajaan dengan tekanan kos hidup yang dirasai di peringkat akar umbi.

Walaupun kerajaan sebelum ini menegaskan bahawa pelarasan harga adalah sebahagian daripada mekanisme pasaran global dan usaha rasionalisasi subsidi, kritikan seperti ini menunjukkan isu komunikasi dan kepercayaan awam semakin menjadi persoalan. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts
Total
0
Share