“Agenda Antirasuah Madani Gagal?” – Pemuda PAS Selangor Dakwa Rakyat Hilang Kepercayaan

KUALA LUMPUR | 8 Apr 26 – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mendakwa agenda antirasuah yang dibawa kerajaan Madani kini berdepan krisis keyakinan apabila rakyat semakin resah dan hilang kepercayaan terhadap komitmen reformasi yang dilaungkan.

Dalam satu kenyataan media, Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Faizzuddin Mohd Zai berkata, perkembangan terkini yang melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki telah mencetuskan kekecohan yang mencalar imej negara.

Menurut beliau, kegagalan kerajaan untuk bersikap telus dalam menangani isu melibatkan ketua agensi antirasuah itu memberi isyarat negatif terhadap integriti institusi negara.

“Rakyat hari ini semakin resah dan mula hilang kepercayaan terhadap retorik tatakelola dan reformasi antirasuah yang sering dilaungkan,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam kenyataan sama, Pemuda PAS Selangor turut mengingatkan bahawa Perdana Menteri tidak boleh berselindung di sebalik penjawat awam atau menjadikan mereka sebagai “perisai politik” bagi melindungi kerajaan daripada kritikan.

“Rakyat sedang memerhati dan menilai. Kerajaan perlu bertanggungjawab penuh terhadap sebarang tindakan yang mencemarkan imej negara,” ujarnya.

Sehubungan itu, mereka mencadangkan agar Ketua Pesuruhjaya SPRM digantung tugas sementara bagi memastikan siasatan dapat dijalankan secara bebas dan telus, selain membuka ruang kepada pelantikan pemangku yang lebih berwibawa.

Pada masa sama, mereka turut mendesak agar siasatan disegerakan, dengan memberi amaran bahawa kelewatan hanya akan memburukkan lagi defisit kepercayaan rakyat terhadap kerajaan.

Kenyataan ini hadir ketika isu integriti melibatkan institusi penguatkuasaan terus menjadi perhatian awam, sekali gus menambah tekanan terhadap kerajaan untuk membuktikan komitmen sebenar dalam memerangi rasuah. @politiko.my

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Krisis Takhta Negeri Sembilan Berterusan

"Yang Dipertuan Besar tidak oleh wujud tanpa adanya Undang Yang Empat, sekiranya mereka tidak lagi memberi sokongan kepada Yang Dipertuan Besar atas mana-mana kesalahan, atau hal-hal yang mencuit, merosakan nama baik kesempurnaan tugas dan adat yang dilakukan. Maka Yang Dipertuan Besar boleh diturun takhta oleh Undang Yang Empat (dengan dua syarat tersebut)," katanya
Read More
Total
0
Share