“Zahid Tersepit, Krisis Sedang Mengawal Presiden” — Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR | 30 Apr 26 — Kemelut politik di Negeri Sembilan disifatkan bukan sekadar isu pentadbiran negeri, sebaliknya ujian besar terhadap kepimpinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA), Datuk Ibrahim Ali berkata, situasi itu perlu dilihat dalam konteks lebih luas melibatkan kedudukan parti dan kerajaan pusat.

“Empat belas ADUN tidak bergerak serentak kerana emosi. Dalam politik, angka sebesar itu bukan tersadung di tepi jalan. Itu isyarat yang disusun, dihitung dan dilepaskan dengan sasaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, perkembangan itu bukan sahaja memberi tekanan kepada kerajaan negeri, malah turut menguji kekuatan kepimpinan Zahid dalam mengawal parti.

“Soalan sebenar ialah sama ada Zahid masih Presiden yang mengawal UMNO, atau sudah menjadi Presiden yang diajar oleh UMNO negeri sendiri,” katanya.

Beliau turut menyifatkan reaksi kepimpinan pusat sebagai mencerminkan keadaan serba sukar yang sedang dihadapi.

“Hormat keputusan ADUN, tetapi mahu selamatkan kerajaan. Hilang kepercayaan kepada Menteri Besar, tetapi tidak mahu formula Perpaduan retak. Itu bukan bahasa parti yang kuat. Itu bahasa parti yang tersepit,” katanya.

Ibrahim menegaskan bahawa kedudukan Zahid kini berada dalam tekanan dari pelbagai arah.

“Maka hakikatnya Zahid bukan sedang mengawal krisis. Krisis sedang mengawal Zahid,” katanya.

Dalam masa sama, beliau berkata situasi itu turut memberi implikasi kepada kerajaan Persekutuan.

“Anwar bergantung kepada Zahid, sedangkan Zahid sendiri sedang ditekan dari rumahnya sendiri,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar mandat dikembalikan kepada rakyat bagi menentukan semula hala tuju politik negeri.

“Yang terbaik kembalikan mandat kepada rakyat dan adakan PRN,” katanya.

Mesyuarat Biro Politik UMNO semalam memutuskan untuk menghormati pendirian UMNO Negeri Sembilan namun menurut kenyataan, UMNO akan terus menyokong kerajaan perpaduan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

“Umno Malaysia berpendirian untuk menghormati Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional yang kekal hilang kepercayaan kepada YAB Menteri Besar.

“Namun, (Umno) terus menyokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan bagi memastikan kestabilan dan kesejahteraan rakyat terpelihara,” kata Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan. @politiko

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.

Total
0
Shares

Jom sertai siaran WhatsApp politiko.my untuk berita terkini.
Related Posts

Avocado Anwar, Quinoa Najib’

"Bukan salmon dan avokado sahaja seperti yang Menteri Kewangan sebut. Malaysia import daging, cili, halia, kubis, mangga, kelapa, dan banyak lagi. Pisang emas, rambutan, mangga pun kenacukai," kata Amira
Read More
Total
0
Share